Monday, January 5, 2015

Pertama Kali Menang Bidaan Di Laman eBay

Bukanlah kali pertama aku membuat pembelian barangan melalui eBay. Sebelum inipun dah beberapa transaksi yang berjaya dilakukan melalui eBay, dan ada juga beberapa transaksi yang gagal. Naaib baik jumlahnya tak banyak. Cuma ini adalah percubaan pertama untuk bidaan, dan berjaya dapatkan apa yang aku bida.


Taklah susah mana pun untuk membida. Cuma perlu pergi ke AUCTION dan cari sahaja barangan yang ingin dibida. Sebagai peminat jam tangan, dah tentunya aku mencari jam tangan untuk dibida. Sesuai juga dengan cubaan pertama, aku tetapkan RM20 sebagai siling harga. Kalau barang tak sampai nanti, taklah ralat sangat (walaupun RM20 tu pun duit juga).


Jam tangan jenama Curren ni kalau tengok di Lazada, harganya RM32. Ada yang jual sampai RM40-RM50. Tapi aku berjaya dalam bidaan tersebut dan kos aku cuma RM9.37 (termasuk pos). Not bad la kan?

Kualiti buatan pun nampak kemas, jauh lebih kemas daripada jam RM10 yang dijual di pasar malam. Cuma jarum penunjuk tarikh je tam berfungsi, hanya kosmetik sahaja. Ejaan chronometer pun dah jadi ghronometer.

Lepas ni bolehlah cuba membida lagi di eBay.

Friday, August 22, 2014

Hari Berkabung Malaysia


Tragedi yang berlaku di luar jangkaan kita semua. Siapa sangka negara kita akan terheret dalam situasi sebegini? Tahun 2014 sudah pasti terpahat kukuh sebagai tahun yang tragik untuk Malaysia.

Dan hari ni, 22 Ogos 2014, Hari Malaysia berkabung, menyambut kepulangan 20 mangsa pesawat MH 17. Akhirnya, mereka pulang jua.


Al-Fatihah.

Thursday, August 21, 2014

Panduan Peraturan Hari Berkabung Malaysia 22 Ogos 2014




Seperti yang diketahui umum, Malaysia akan mengadakan Hari Berkabung Malaysia pada 22 Ogos 2014 di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Ianya sempena menzahirkan rasa dukacita bertujuan memperingati mangsa tragedi pesawat MAS MH17 yang terhempas dipercayai akibat ditembak jatuh di Ukraine berhampiran sempadan Russia pada 17 Julai 2014 yang lepas.

Pada hari perkabungan tersebut, mayat-mayat mangsa nahas pesawat MH17 yang diterbangkan dari Amsterdam menggunakan pesawat khas dijangka tiba di KLIA Malaysia sekitar jam 10 pagi. Oleh itu, sempena Hari Berkabung Malaysia pada 22 Ogos 2014 ini, Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam satu kenyataan media telah menetapkan beberapa panduan peraturan Hari Berkabung Malaysia pada Jumaat ini, 22 Ogos 2014.

Panduan Peraturan Hari Berkabung Malaysia 22 Ogos 2014

1. Bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang di seluruh negara pada hari perkabungan.

2. Semua acara yang berunsur hiburan ditangguhkan pada hari tersebut.

3. Pakaian hendaklah warna-warna yang suram dan tidak warna terang/garang.

4. Bagi mereka yang beragama Islam dan terlibat secara langsung (dalam majlis sambutan ketibaan jenazah), mereka (termasuk petugas media) digalakkan memakai songkok (tanpa lilitan warna putih), manakala pegawai dan petugas wanita perlu memakai selendang berwarna hitam.

5. Pada hari berkenaan juga, rancangan hiburan pada semua saluran radio dan televisyen hendaklah ditangguhkan dan diganti dengan bacaan Al-Quran dan program berunsur keagamaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger templates