Sunday, May 2, 2010

Kasih Sayang Haiwan Terhadap Manusia


Actually aku stumbe upon video ni malam tadi masa blogwalking. Aku jumpa kat blog AzlanBingka.

Sebelum ni pun banyak yg dah dipaparkan tentang hubungan manusia dengan haiwan. Tak kurang jugak ada yang bandingkan haiwan dengan manusia, terutamanya bila melibatkan soal sayang haiwan terhadap anak-anaknya dan lain-lain.

Tapi video ni, memang buat aku tersenyum, dan dalam masa yang sama sebak. Sebak sebab tak sangka aku haiwan yang digelar 'King of the Jungle', dan dah dilepaskan dalam habitat semulajadinya balik selama bertahun-tahun, tapi masih ingat pada tuan yang menjaganya masa kecil.


Kalau dah singa, yang memang sifatnya dah ganas dan liar pun boleh bertindak macam ni, apatah lagi kita manusia ni yang memang sah-sah lagi berakal dari singa tu?

Tak salah la selama ni bijak pandai membandingkan manusia dengan haiwan, sebagai peringatan untuk kita semua. Dalam beberapa segi, haiwan memang boleh mengajar kita tentang hidup.

7 comments:

sHaFAa said...

xsngka begitu skali kasih syg haiwan pada manusia.. adakah ksh syg manusia juga begitu? ank yg dilahirkan dibuang. adakah itu cara manusia meluahkan rasa syg sesama manusia?

Nur Hawa Mohd Zin said...

manusia sebab ada nafsu dan kehendak yg dilarang nak buat tp dia nak juga wat ~ buang bayi ~

gazzn said...

touching sungguh :D

Alynn Notnot said...

sebak gua tgk vid ni T^T

Sky0ne said...

shafaa : binatang pun tau kenang budi...

hawa : cuma manusia tak gunakan akal je..lebihkan nafsu mmg la jadi bukan2

gazzn & alynn : boleh menitik air mata oo tgh video ni...

iyllienaz said...

nak bela sekor la boleh??

Sky0ne said...

iylli : boleh...tapi sebarang risiko tak bertanggungjawab...hihih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...