Saturday, July 31, 2010

(Video) Kemalangan Mikko Hirvonen Di Rally Finland 2010



Scary!

Luckily teknologi kereta WRC memang canggih gila, dan kedua-dua pemandu dan co-driver keluar tanpa sebarang kecederaan.

Masa ni beliau sedang mendahului Rally Finland dengan jarak 4.9 saat di hadapan, tapi terbabas di selekoh. Kalau tak, beliau dah boleh menang first win kat tempat sendiri.
 
Kalau kereta biasa, memang confirm gol dah dua-dua. Memang gila kuat roll cage kereta WRC ni.

Kalau la teknologi WRC, yang nyatanya lagi realistik dari teknologi F1, dapat diterapkan dalam kereta pemanduan harian biasa, banyak nyawa yang boleh diselamatkan bila berlaku kemalangan.

Friday, July 30, 2010

Selesai Hutang Coklat, Kita Asah Suara Pulak


Selamat tiba ke kampung halaman sekejap tadi. Ehh tak tepat rasanya istilah kampung halaman. Lebih kepada 'rumah kuarters famili' sebelum berpindah semula ke Melaka, my actual kampung halaman.

Sepatutnya lepas waktu ofis semalam lagi aku dah gerak balik kampung, tapi disebabkan tak yakin dengan diri sendiri (paham sangat dah yang aku ni memang fail bab drive jarak jauh sebelah petang dan malam). Dah la drive sorang-sorang. Makanya, aku decide gerak awal pagi tadi je dari rumah. Nasib baik kat rumah ni dah siap ada Streamyx, bolehlah aku berwi-fi  update blog sambil tengok Astro. Hahah.

Sebab aku tak jadi balik petang semalam, jadi aku terus set janji sama AnakPerak untuk bagi hutang coklat yang dia kirim hari tu. Member tu siap dah nak merajuk dah dengan aku. Heheh.

Tempat pertemuan : depan Masjid Putra, Putrajaya. Tapi naluri hati (cheh naluri hati) aku kuat mengatakan mesti mamat ni nak ajak karaoke ni. Betul jugak. Tak sanggup nak hampakan rakan. Tu pun selepas tu disertai oleh CikHelena dan JourneyOfRed sekali.

Boleh tahan jugak suara masing-masing. Macam biasa, aku yang paling kurang menyanyi. Maklum la pitching ke laut. Heh.

Thursday, July 29, 2010

Dah Lama Jugak Tak Melepak Food Court Presint 9


Dulu rajin jugak melepak kat food court Presint 9, Putrajaya ni. Masa JMD tengah gemilang dulu, tiap-tiap minggu layan TT kat sini. Tapi sekarang? Ye lah, masing-masing dah busy dengan tugasan masing-masing. Aku pun tak lama lagi bakal meninggalkan Lembah Klang kan.

So alang-alang dah datang sebab hantar coklat kiriman blogger AnakPerak susulan aku pergi lawatan ke Langkawi hari tu, makanya kitorang pun lajaklah ke sini. Macam biasa, ramai betul umat manusia petang-petang ni kat sini. Nak beratur beli air pun boleh tahan jugak panjangnya.

Esok pagi je lah aku gerak balik kampung. Tak harap aku drive sorang malam-malam. Kalo ada teman, OK la jugak.

Jangan nanti benda lain yang teman aku dah la.

Hahah.

Macam Pernah Ku Dengar Modus Operandi Macam Ni




Aku tak nak komen la pasal isu akhbar ni guna istilah MLM untuk group ni. Confirm diorang akan mati-mati pertahankan yang diorang ni bukan MLM. Tapi memang dah lama jugak aku tertarik baca pasal group ni dan tengok gambar-gambar aktiviti diorang, terutamanya kat FB. Banyak jugak gambar-gambar aktiviti diorang yang dapat aku tengok.

Bila tengok detail yang diterangkan dalam berita tu, lagi menguatkan tanggapan aku tentang group yang satu ni. Walaupun tak disebut group apa, tapi point tentang (1) pelaburan hingga RM41,000, (2) menggunakan kereta mewah setiap kali turun bagi ceramah, (3) kenderaan didaftarkan dengan digit nombor yang sama, memang dah boleh agak kepada group mana dituju.

Tapi layan jugak tengok kereta-kereta group ni. Nissan GTR tu. Mau menangis kalau kena sita.

Tapi apa ada hal? Duit banyak, beli je lagi sebijik. Selesai masalah. Heh

Kesian.

Wednesday, July 28, 2010

Bila Guru Gred 41 Hingga 48 Sahaja Dibenarkan Berpolitik


Bila berita malam tadi mengumumkan perkara ni, dan dalam suratkhabar hari ni pun menulis tentang Guru dibenarkan berpolitik, banyak persoalan yang bermain di fikiran aku sebenarnya.
Kenapa hanya profesion guru dibenarkan semula berpolitik? 

Kenapa tidak profesion lain?
Kenapa umum semalam, kuatkuasa 1 Ogos 2010? Dalam masa beberapa hari je perkara yang selama ni tidak boleh, dibolehkan?

Alasan "guru suatu masa dahulu memain peranan penting dalam memimpin masyarakat dalam senario politik negara" tak wajar dijadikan justifikasi untuk mewajarkan perkara ni, dan aku tak fikir masyarakat umum akan terima alasan 'lame' macam ni.

Guru akan tetap guru walau macam mana pun. Tugas mendidik adalah 'core business' profesion perguruan. Bila guru dibenarkan berpolitik, adakah view politik si guru akan juga diterapkan dalam sesi pembelajaran dan terus kepada murid-murid?

Memang banyak persoalan yang boleh timbul tentang arahan yang pada aku "tak kena pada masanya" ni.

Heh.

Monday, July 26, 2010

Kenapa Perlu Hantar Anak Tuisyen?



Terpandang satu iklan yang digantung pada tiang trafik light on the way balik dari Cheras tadi. Iklan tentang kelas tuisyen dikendalikan oleh guru-guru berpengalaman. 

 

Trend ni aku rasa boleh track back sejak dari zaman aku sekolah lagi. Tapi masa tu tuisyen ni tak la sampai tahap dikomersilkan macam sekarang. Sekarang ni, aku dok tengok tuisyen macam sesuatu yang wajib pulak untuk pastikan anak-anak yang bersekolah ni boleh skor dalam exam. Dan permintaan untuk tuisyen ni akan mula meningkat bila ada major exam, seperti UPSR, PMR dan SPM. 

Persoalannya, kenapa ye?

Adakah jam pengajaran guru di sekolah tidak mencukupi sehingga anak-anak ni perlu pulak masuk ke kelas tuisyen?

Adakah pengajaran guru tidak efektif dan menyebabkan murid-murid 'lambat tangkap'?

Ataupun adakah kerana terlalu banyak sangat aktiviti sampingan di sekolah (ko-kurikulum dan sebagainya) menyebabkan masa pembelajaran terganggu?

Ataupun disebabkan quality time untuk pengajaran guru terganggu sebab para guru terlibat dengan terlalu banyak tanggungjawab? 

Ke sebab para guru sengaja simpan ilmu untuk dapatkan untung di kemudian hari dengan kendalikan kelas tuisyen pulak?

Kadang-kadang aku kesian tengok murid-murid zaman sekarang ni. Isnin sampai Jumaat confirm la sekolah. Sabtu Ahad kalau tak ko-kurikulum, sambung pulak dengan kelas tuisyen. Yang kendalikan tuisyen pun para cikgu jugak. Macam mana tu?

Tapi tak, aku tak generalkan semua guru macam tu. Tapi agak musykil jugak la. Contoh macam iklan yang aku sebut kat atas tadi tu. 

Siap tulis 'Dikendalikan oleh guru berpengalaman' lagi.

Ataupun sebab parents sekarang dah tak kisah nak mendidik? 

Semua nak tolak ke cikgu, semua nak serah ke guru.

Heh.

One Manga Bakal Ditutup!


Fully agree dengan permulaan notis tu, "There is an end to everything, to good things as well".


Aku selalu masuk One Manga ni tiap-tiap hari Jumaat sebab nak baca scanlation manga Naruto. Yup, aku follow Naruto nye manga tiap-tiap minggu. Kadang-kadang diorang skip publish 2 minggu sekali, pun aku tunggu jugak.

Dulu masa mula-mula (aku start follow Naruto ni zaman aku belajar dulu lagi, masa kat Uni lagi. Punya la lama rupanya aku follow Naruto. Sebelum-sebelum ni rajin download manga dan anime (Naruto sahaja) dan burn dalam CD konon buat koleksi. Tapi sebab dah terlampau banyak, aku tak larat dah nak download, burn dan simpan. Masa tu la aku terjumpa website One Manga ni.


Yang bagusnya One Manga ni, memang diorang up-to-date kalau keluar manga terbaru. Dulu kena tunggu delay 2-3 hari jugak baru dapat baca manga baru, sekarang ni boleh kata memang dapat baca hari yang sama la manga tu keluar. Dan yang kedua bagusnya, boleh baca secara online. So tak perlulah aku nak download bagai. 

Lepas ni, kat mana pulak aku nak baca online manga ni? Yang lain aku tak kisah, janji Naruto aku dapat follow. Tak kuasa aku nak follow banyak-banyak.

Saturday, July 24, 2010

Apa Merepek Ni? Sekolah Khas Untuk Pelajar Mengandung?



Kerajaan Melaka nak buka sekolah khas untuk pelajar mengandung? Apa-ke-neraka ni? Bagi mengatasi masalah keciciran dalam pelajaran selepas mengandung luar nikah?

C'mon la, bila nak buat mata pelajaran Pendidikan Seks kat sekolah pun, punya la ramai menentang, ini kan nak tubuhkan pulak special school untuk kes-kes macam ni.

But then, let us think, yang mana satu kita lagi eager nak try : perkara yang kita dah tau, atau perkara yang kita hanya tau secara samar-samar. Dari konteks pelajar sekolah a.k.a kanak-kanak of course. Oh lupa nak terang, bawah 18 tahun tu dikira kanak-kanak tau. Tak percaya baca Akta Kanak-Kanak 2001.

Another idea 'gila-mencari-popular' Ali Rustam kot. Dia ni kan terkenal suka keluar idea pelik-pelik.

Lepas ni nak tubuhkan special school untuk siapa pulak? Kes-kes samseng? Kes-kes belasah guru? Kes-kes sumbang mahram?

Heh.

Karnival Sukan Paralimpik - DBKL 2010


Live mobile blogging dari sekitar Bandar Tun Razak, Cheras. Karnival Sukan Paralimpik dengan kerjasama DBKL. Saja jengah-jengah tengok apa yang patut. Kelam kabut jugak buat venue merata-rata ni. Sebab tu aku suka bawak sukan kalau satu venue je.

Ni pun taktau waktu habis pukul berapa. Mau melangok diorang ni kat sini sampai petang. Tapi kalau nak jadi atlit, mesti kena tahan maki kan. 

Eh, bukan tahan maki. Tu lawak Do Re Mi. Hahah.

Friday, July 23, 2010

Majlis Penyampaian Bola FIFA Hyundai 2010


Live blogging dari Sekolah Tunas Bakti (STB) Sungai Besi. Majlis Penyampaian Bola FIFA Hyundai 2010.

Dato KP siap pakai seluar lagi semata-mata nak Kick-Off Ceremony. Selalu lengkap baju kurung je.

Aku tak tengok lagi bola nye. Tapi kalau bola FIFA, mesti la Jabulani kan?

Thursday, July 22, 2010

Kenapa Baru Sekarang Nak Heboh Wartakan Warna Seragam Polis?



Betul jugak kan, kenapa selama ni takda siapa kisah nak wartakan warna biru gelap tu sebagai warna seragam polis? Maknanya takde agensi penguatkuasa lain yang boleh gunakan warna tu untuk pakaian seragam mereka?


Bukan ke sebelum-sebelum ni pun dah ada banyak kes pakaian seragam yang warnanya seakan-akan sama dengan warna seragam polis, disalahguna untuk tujuan salah? Biasa lah, orang kita, asal nampak je seragam penguatkuasa warna biru gelap, mulalah menggelupur nak berlagak skema. Takut kena tahan polis.

Mulalah susah payah nak tarik seatbelt.

Mulalah menggelabah teringat roadtax dah renew ke belum.

Baru menggelupur nak check lesen memandu hidup ke meninggal.

Dan perkara-perkara macam ni la digunakan oleh orang-orang tak bertanggungjawab untuk peras ugut dan salahlaku. Hakikatnya, penjenayah ni akan gunakan 'ketakutan' kita terhadap polis ni la dan take advantage atas kita.

So, masih perlukan lagi ke pertimbangan, mesyuarat, kajian dan sebagainya sebelum nak wartakan warna rasmi seragam polis ni?

Wartakan je la. Mesyuarat banyak-banyak kali pun buat apa kalau setakat nak wartakan warna.

Cheh.

Wednesday, July 21, 2010

Drift Yang Boleh Buat Luruh Jantung


Berapa punya gila la nak drift macam ni. Luruh jantung kalau aku duduk sebelah mamat ni. 




Tuesday, July 20, 2010

Aktiviti Hari Ahad : Durian Jelebu Time!!


Sakit kepala, tak sanggup nak hampakan kawan. Eh silap. Itu skrip iklan Panadol Actifast. Tapi betul la taknak hampakan kawan. Bersusah payah tu kawan up sesi makan durian free. Walaupun kat Jelebu, ku gagahkan jua. Cheh gagahkan konon, padahal menumpang kereta member je pun. Hahah.

Terima kasih buat sedara Ijamcc sebab melayan kemelantakan kitorang makan durian free. First time aku surrender makan durian. Nampak sangat perut aku dah kecik. Inilah hasilnya tiap-tiap malam dilatih makan buah dengan yogurt je. LOL.


Cuacau hari tu ditemani hujan. Itu yang laju je masing-masing melantak. Tak sempat tuan rumah jemput masuk, terus masing-masing serbu ke dapur carik durian, kecuali aku. Aku je yang masih menjaga kesopanan. Hahah.


Haa tu dia hikmat membelah durian dengan tangan. Tak payah pakai parang pun. Apa barang pakai parang.


Tengok tu, sampai bersilang-silang tangan. Agaknya kebulur betul diorang ni kot. Aku macam biasa, masih malu-malu dan menjaga adat-adat ketimuran. Barulah orang berkenan nak ambik jadi menantu. Heh.


Ya Rabbi budak-budak ni, melantak tak pandang kiri kanan. Tapi betul la orang kata, rezeki jangan ditolak, rezeki kena tolak masuk. Hahah.


Nasib baik takde daging kambing, kalau tak mesti masing-masing pengsan macam ada sorang politician sebelum ni. 


Penutupnya pun, belasah bubur durian pulak. Memang serba serbi durian la.

Terima kasih tuan tanah, bro Ijamcc! Nanti jemput kitorang serbu lagi ye. Heheh.

Aktiviti Hari Sabtu : Pendakian Gunung Datuk



Kenapa dah banyak hari tak update blog? Alah baru 2-3 hari je. Tapi orang kata 2-3 hari tu kira banyak hari la. Orang kata, bukan aku kata. Hahah.

Sabtu baru ni (17/7/2010), beberapa geng budak jahat ofis aku (kitorang panggil 'Kengkawan Team') pergi buang tebiat panjat Gunung Datuk kat Negeri Sembilan. Sepatutnya aku dah terlepas pun event ni, tapi sebab diorang tunda atas alasan-alasan tertentu, makanya dapat la jugak aku menyibuk join skali.

Jadual yang sepatutnya pukul 7 bertolak dari ofis, last-last terlajak berjam-jam. Dengan menunggu orang di ofisnya lagi, berenti sarapan dekat RNR Seremban yang penuh manusia sampai takde tempat duduk lagi, dengan menunggu member ofis lagi sorang sampai ke Komuter Seremban lagi. Sudahnya, kol 11.30 baru sampai kaki Gunung Datuk. Hambik korang.

Siap-siap daftar nama bayar duit semua, tanpa berlengah, 15 orang pun mulakan pendakian. Biasalah naik gunung, mesti banyak nak kene berenti-renti. First time ni aku join naik gunung. Macam nak tercabut kaki rasa. Nasib baik view kat atas tu memang mengancam.

Sampai kat puncak lebih kurang pukul 2.30 kot. Rehat-rehat makan-makan, ambik gambar semua. Pukul 4.30 baru bergerak turun dari atas gunung. 














Lepas ni ke mana pulak kita?

Friday, July 16, 2010

Adakah Aku Yang Bertuah Itu?


Tadi terperasan yang Cik Norfa ada buat contest kat blog dia untuk mencari pengunjung bertuah. Aku ni macam biasa la hai, jarang-jarang bebenor nak bertuah nye pun. Bertuah punya budak adelah. Hahah.

Aku pulak tadi tahap buka blog dia lepas tu maintain je tak tutup-tutup. Tak sempat nak baca pun. Ni la yang berkesempatan nak baca balik.


Sekali aku terperasan nombor seperti di atas. Ehh ehh, aku ke yang bertuah tu?

Cik Norfa, sila jawap sekarang! Heheh.


p/s : nak tukar prepaid Celcom boleh? Boleh la boleh la. Nanti aku bagi ko coklat Langkawi *bodek sepenuh hati*

Belajarlah Menerima Hakikat, Jangan Banyak Sangat Merungut


Salam Jumaat semua. Pegi Jumaat tak korang ni? Lelaki la yang pompuan confirm tak pegi Jumaat. Heh.

Bila tak dapat apa yang dihajati, memang lumrahnya kita akan merungut. Tak dapat cemerlang, merungut. Tak dapat kenaikan pangkat, merungut. Tak dapat cuti, merungut. Tak dapat pegi lawatan, merungut. Gaji lambat, merungut. Gaji kena potong, merungut. Minyak naik harga, merungut. Bonus tak dapat, merungut. Semua benda nak merungut.

Kalau merungut tu boleh selesaikan masalah, takpe juga. Tapi sekadar merungut melampias rasa tak puas hati kat belakang, apa ertinya?

Sama la jugak bila ada yang tak nak mengaku salah sendiri, walhal terang-terang dah kantoi salah sendiri. Worst, cara bercakap tu semua orang salah, semua orang tak betul. Tapi hakikatnya, yang bercakap banyak tu la yang senget sebelah sebenarnya.

Belajar-belajarlah cermin diri sendiri. Jangan asyik nak merungut je. Bertanya kepada sumber utama tu lagi senang. Jangan asyik nak sebarkan khabar angin je.

Banyak bercakap tu tak semestinya betul. Banyak diam tu tak semestinya salah.

Jika Ini Dinamakan Pengorbanan



Dah lama pulak rasanya tak bermonolog dalam blog. Monolog. Blog. Geddit?


Sekali-sekala takpe. Jangan selalu, nanti orang meluat. Benda ni pun boleh dibawa bersembang dan berbincang jugak.

Dari dulu aku pegang kata-kata, setiap yang berlaku mesti ada sebab. Apa yang kita lakukan, apa yang kita alami, mesti ada sebab dan akibat. Kalau tak, takkan timbul konsep betul-salah, benar-tidak benar, positif-negatif, yin-yang dan sebagainya. Mesti ada give & take. Mesti ada pro & con.

Apa yang diperlukan untuk berkorban? Wang ringgit? Tenaga keringat? Pengaruh? Kedudukan? Pangkat? 


Obviously, pengorbanan memerlukan kekuatan. Dan juga terlalu sukar untuk berkorban sekiranya terlalu berkira dalam semua perkara.


Tapi persoalan yang selalu timbul, berbaloi ke pengorbanan yang dilakukan? Apa pulangan yang bakal kita dapat?


Soalan dari aku : Perlu ke kita pertikai dan persoalkan apa pulangan yang bakal kita dapat dari sesuatu pengorbanan? Apalah ertinya pengorbanan kalau mengharapkan pulangan di sebaliknya.


Pengorbanan yang aku lakukan lebih kepada menggembirakan orang yang rapat dengan aku. Harus akui, aku tak sampai hati nak berkata 'tidak' pada semua perkara, walaupun hakikatnya ada perkara yang aku tak setuju. 


Kadang-kadang, pengorbanan yang sedikit itu lah yang boleh menceriakan mereka. Sumbangan yang sedikit itulah yang mampu meringankan beban mereka. Kegembiraan yang sekelumit itulah yang membahagiakan mereka.


Dalam banyak segi, aku memang suka berkorban dan menggembirakan orang yang rapat dengan aku. Walaupun aku tau, hakikatnya pengorbanan aku tu takde balasan pun.


Dan aku tau, aku tak harapkan apa-apa balasan dari semua pengorbanan itu.


Hanya segaris senyuman sudah cukup membayar balik pengorbanan aku.


Oh, kepada orang yang aku maksudkan dalam entri sebelum-sebelum ni (adalah entri tu, korang carik la sendiri), Selamat Pengantin Baru la ye. Saja ucap awal, walaupun majlis ko 25 Julai. 


Dan jangan risau, takyah lagi YM aku nak mintak maaf. Kejadahnya cerita bulan 12 tahun lepas, tapi bulan Jun tahun ni baru ko nak minta maaf kan? Aku dah lama maafkan ko. Moga ko bahagia la ye.


Heh.

Tuesday, July 13, 2010

Boleh Tahan Jugak



Masuk pun disambut caklempong, nak keluar pun disambut caklempong.

Tapi layan jugak kalau Kompleks Makam Mahsuri ada inisiatif nak jaga warisan budaya kita macam ni.

Syok jugak tengok awek-awek main caklempong.

Eh, aku syok dengar bunyi caklempong ke syok tengok awek ni?

Hahah

Cokelat Untuk Korang!



Disebabkan ramai yang request nakkan cokelat, makanya aku bagi la jugak cokelat untuk semua. Ambik ni!

Jangan berebut menangis hentak-hentak kaki lagi tau.

Sebut la macam mana ko nak sebut pun nama coklat ni. Jangan bunyi lucah sudah la.

Hahah!

Monday, July 12, 2010

Apa Yang Best Kat Langkawi?



Kali kedua sampai ke Langkawi. Kali ni guna jalan darat (drive) dan jalan laut (feri). Sebelum ni naik flight je. Kira OK la ada pembaharuan.

Apa ye yang best kat Langkawi ni ye? Maklum la aku tau Haji Ismail Group je. Tu pun tahap beli coklat je. Tapi mak aku dah kirim nak beli something jugak. Bukan, bukan makwe, tapi mak aku. Hish korang ni cepat je speculate.

Sila bagi idea sikit apa yang berbaloi dibeli di Langkawi ni. Maklum la aku fail sikit bab-bab membeli ni.

Sunday, July 11, 2010

Sila Dapatkan Pemeriksaan Mata Segera!


Dah berapa ramai yang tegur sebelum ni, tapi aku memang selalu jawab main-main je. Tapi memang selama ni aku pelik jugak, kenapa mata aku selalu merah menyala. Nak kata selalu ngadap komputer, mungkin jugak. Tapi bila tak mengadap komputer pun, merah menyala jugak. Apa kes?

Kena segera dapatkan pemeriksaan mata ni. Risau jugak condition jadi makin teruk. Tapi seriously, memang ramai yang perasan tentang mata aku ni. Nanti tak pasal-pasal orang tuduh aku mat pit pun naya jugak.

Mana la tau kot-kot nak bertukar jadi Cyclops nanti. Boleh la fire optic blast dari mata.


Hahah.

Bercahaya Sungguh R&R Tapah Ni


Sedang berehat di R & R Tapah. Nasik lemak lauk paru pun nak titik sampai RM4.50. Hampeh betul. Ni lah meniaga tapi nak cepat kaya. Harap nama je Melayu.

Eh kat sebelah utara ada gig ke? Muskil jugak aku sebab kat meja sebelah aku ni penuh dengan umat skinhead. Semua kepala bercukur. Tiba-tiba rasa terang pulak R & R ni. Hahah.

Hari ni kalau arah ke utara, tak sesak mana kot. Maklumlah esok dah kerja. Mesti jalan hala masuk Lembah Klang yang jem kan? Harap-harap macam tu la.

Sudah Ready Untuk Trip Ke Langkawi



Assalamualaikum dan selamat pagi. Ehh awalnya aku post entri pagi ni? Macam pelik pulak. Sebab kalau ikut tahap rajin post entri, mau tengahari nanti sepatutnya baru aku post. Hihih.

OK dah ready nak bertrip ke Langkawi. Kena drive ke Jeti Kuala Perlis. Bawak my students untuk lawatan belajar. Bukan selalu nak dapat trip macam ni.

Aku kena la pergi awal sebab urusetia. Kalau tak, boleh jugak aku menumpang bas, diorang gerak pukul 1.00 pagi nanti. Tapi takpe, kurang-kurang aku sampai awal, boleh aku tengok live Piala Dunia FInal kat hotel sementara tunggu diorang sampai. Hihih


Yang penting, beg laptop tak tinggal. Senang nak surfing kat sana nanti. Ehh yang sebetulnya senang nak berblogging. Heh.

Hari Rabu nanti aku balik. Aku harap penunggu rumah aku dapat tunggu rumah dengan baik nanti.

Ehh rumah aku ada penunggu ke? Hahah.

Saturday, July 10, 2010

Kenapa Aku Tak Pegi Gathering Gengblogger Hari Ini


Semalam memang bukan hari produktif aku. Satu entri pun takde semalam. Langsung tak lekat bilik ofis, asyik keluar masuk bilik aku, pentadbiran, stor, bilik Bos. Puncanya nak settlekan lawatan pelatih ke Langkawi.

Hari ni ada gathering Gengblogger kat Putrajaya. Taman Cabaran kot nama tempatnya, kat Presint 5. Tapi aku tak dapat join. Singgah kejap je dalam pukul 11.00 tadi, tu pun lari kejap dari ofis sebab dah janji dengan AnakPerak nak ambik sijil Malaysia Book Of Records untuk Largest Blogger Gathering masa event Gatsby tempohari.

First time sampai Taman Cabaran tu. Untuk extreme sport ek? Dah la menempuh laluan kubur, ingatkan dah salah jalan tadi. Tu pun terlangsung jugak, nasib baik nampak kereta AnakPerak dengan banner sticker MyViX nye tu. Siap dapat free gift lagi. Thanks AnakPerak! Lepas tu, terus aku shoot balik ke ofis, ada klasifikasi sukan untuk paralimpik.

Nampaknya gathering lain kali la baru aku dapat join. Rugi rugi.

Thursday, July 8, 2010

Fenomena Twilight : Eclipse Mula Melanda



Filem Twilight : Eclipse dah mula ditayangkan di pawagam. Aku jamin mesti penuh punya la mula-mula tayang ni. Kan ke Twilight saga ni dah jadi fenomena sekarang ni. Lagi-lagi pulak golongan gadis-gadis dan gayboy yang suka tengok pelakon utama dia. Heh.


Aku tak berapa nak ikut sangat siri Twilight ni. Aku sempat tonton filem pertama je. Filem kedua aku tak tonton sebab ramai yang cakap filem tu jiwang meleret. Bab-bab filem cinta ni memang kureng sikit, walaupun ko letak watak utama pontianak ke apa ke konon nampak macam ganas je. Tapi pontianak jiwang, wadehel? Hahah. 

Ohh malam tadi member aku, Mijie offer ada tiket lebih mau nonton filem ni. Kat IOI Mall, Puchong. Tapi show pukul 11.30 malam. Halamak, mau aku layan tidur je dalam panggung nanti. Jadinya aku tak pegi. Orang lain la kot yang ganti. Sorry aa beb. Heheh.

Tapi kalau aku rasa-rasa nak tengok filem ni, layan torrent je la nanti kot. Filem pertama dan kedua pun layan download torrent je. Cuma filem kedua tu takde keinginan lagi nak tonton. Malas. 

Kalau ada siapa-siapa nak belanja aku tonton, gerenti aku tak tolak. Buat Cik Norfa, sila jangan berlakon jadi agen tiket wayang E-Curve lagi ye. Taktik tu tak menjadi. 


Hahah.

Pengiklan Youthsays Semakin Desperate


Dalam entri Aku Nak Marah Dengan Pengiklan Youthsays sebelum ni, aku dah tunjuk dah bukti-bukti betapa ada pengiklan Youthsays ni yang terdesak nakkan orang klik ke iklan dia. Dan macam biasa, shoutbox la menjadi mangsa ruang iklan diorang ni. Kalau main klik je link yang ditinggalkan, kemungkinan tinggi jugak nak terklik link ke iklan Youthsays diorang tu. 


So macam mana nak deal dengan mereka-mereka ni? Mana-mana yang aku dapat detect, aku terus delete je dari shoutbox aku. Alah, diorang bukan kisah pun nak blogwalking tinggalkan jejak. Apa yang ada dalam kepala otak, nak naikkan klik ratio iklan Youthsays diorang tu.

Oh, sekarang ni aku perasan ada taktik baru pulak. Taktik letak link iklan Youthsays kat komen dah dapat dihidu. Ramai je pun yang rasa benda ni annoying. So macam mana diorang nak kekal relevan (cheh relevan) dalam keadaan ni?

caranya, guna Auto Shortening URL pulak kali ni. Contohnya macam kat SINI. So bila gunakan auto shortening URL ni, takde la orang perasan sangat link Youthsays diorang tu. Ingatkan shortening URL biasa, sekali bila klik, rupanya bawak ke iklan Youthsays diorang.

Keji punya taktik.

Wednesday, July 7, 2010

Kata Orang, Jangan Benci Lebih-Lebih, Nanti Jatuh Sayang


Selamat malam. Lepas hujan petang tadi mula lah mata nak mengantuk. Tapi yang herannya, bila balik rumah, tak mengantuk pun. Potong stim betul.

Pernah dengar kata-kata kat atas? Kadang-kadang, kalau terlalu benci kat seseorang pun, boleh jadi sayang jugak lama-lama. Mungkin mula-mula tu sebab nampak macam jahat nak mampus, tapi jangan cepat sangat nak jatuh hukum. Kadang-kadang orang yang kita claim jahat macam setan tu la yang bagus sebenarnya.

Sebab tu jangan mudah sangat nilai orang based on sikap dan penampilan. Ada yang penampilan memang kemas gila, muka nerd tapi jahat nak mampus. Ada jugak yang pakai seluar lutut koyak, main gitar tong duduk tepi tembok tapi hormat orang tua kampung, ringan tulang tolong gotong-royong dan sebagainya.


Yang penting, don't judge a book by it's cover! 

Bukan Senang Nak Dapat Makan Free


Dah banyak jugak rasanya asyik post entri lewat je. Dulu boleh je rajin tiap-tiap pagi update entri baru. Sekarang? Sendiri mau ingat la. Heh.

Selain makan free masa function ataupun meeting (dalam konteks kerja ofis la), ni la first time dapat makan free dalam erti kata lain.

Erti kata macam mana? It's for me to know, and for you to find out.

Cewahh macam misteri pulak.

Hahah.

Tuesday, July 6, 2010

Aku Menonton Lakonan Mereka Dengan Tabah Hati



Tonton dan terus menonton, lakonan maha hebat. 

Perhati dan terus perhati, ke mana arah tuju pengkisahan ini. Isi hati orang, mana boleh nak baca. 

Prinsip aku senang. Aku tak generalise. Kalo aku generalise, dah lama aku selamba je kutuk semua kalau based on perilaku sebahagian dari kelompok itu. Tapi aku bukan macam tu.

Alah, diorang mana pernah kena herdik, kena maki depan pelawat yang aku sedang bawa sebab potong wang saku atas alasan ponteng kelas.

Alah, diorang mana pernah kena maki dalam meeting sebab ke luar negara tanpa kebenaran Pengarah. 

Alah, diorang mana nampak Pengarah yang sepatutnya keputusan dia tu dihormati, menjadi mangsa tinggi suara oleh insan bergelar atlit negara tu.

Alah, mana diorang nampak pasal kelas, kalau peluang ke luar negara tu lagi best, lagi masyuk. Sampaikan berkomplot dengan pihak luar seludup keluar dari asrama tanpa kebenaran Pengarah.

Semua tu dibolehkan, atas alasan apa? Wakil negara? Yeah right.

Kalau dah tak puas hati, bagi la penjelasan macam mana pun, still tak puas hati jugak.

Ohh, masih ada entri blog tak puas hati? Selama ni ye-ye je aku puji insan ni di kalangan rakan-rakan kelompok beliau yang lain, ini balasan yang aku dapat? Oh ya aku lupa, aku mana ada sumbangan dalam hal ni.

Berpangkat ke aku? Deiii, apa la sangat pegawai kebajikan tu. Tapi jangan tak tau, pegawai kebajikan ni pernah kerja guard jugak tau. Mari gelakkan aku. Hahaha.


Sadis la jugak, tapi apa boleh buat, hidup mesti terus. Kurang-kurang boleh jugak jadi kenangan zaman-zaman ikat perut. 

Cubaan Post Entri Melalui E-mail


Kalau korang berjaya baca entri ni, maknanya panjang umur la tu.

Ehh gurau-gurau je, nanti ada pulak yang emo.

Hahah

OK cubaan berjaya AKHIRNYA!!

Monday, July 5, 2010

Badan Macam Ni Pun Champion Pertandingan Makan?



Terbaca pasal berita Ex-champ arrested at NYC eating contest kat Yahoo tadi. Mulanya malas nak ambik port sebab berita biasa je pun, pertandingan makan lepas tu ada orang bikin kecoh-kecoh pastu kena tangkap. Heh.

Tapi bila aku Google nama ex-champ tu, Takeru Kobayashi, aik, kedingnya mamat ni. Macam mana boleh jadi champ pertandingan makan? Sampai 6 kali pegang rekod dunia pemakan hotdog terbanyak dalam pertandingan.


Orang kata, makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan. Tapi dia ni nak dikategorikan apa ye? Makan untuk menang duit? Mana taknya, dia kena tahan pun sebab tak dibenarkan join competition kat Coney Island tu. Hadiah $20,000 semata-mata nak perabiskan hotdog paling banyak dalam masa 10 minit.


Jom tengok macam mana cara dia makan dan menang pertandingan sebelum ni. Memang pelik je tengok dia yang menang padahal ada contestant lagi besar boleh kalah.


Semangat Nippon, mungkin?

Kes Rogol : Pandangan Aku



Dah hightime sangat pada aku yang benda ni tak sepatutnya dikategorikan sebagai rogol. Walaupun undang-undang dok kata "seks samada dengan kerelaan atau tanpa kerelaan anda adalah dianggap rogol dan menjadi satu kesalahan undang-undang", is it fair kalau hanya sebelah pihak disalahkan, that is pihak lelaki? 

Kalau dah namanya dua-dua rela nak buat, apekejadahnya nak put all the blame pada si lelaki? The perempuan should also bear the consequences la. 

Sama la macam kes termengandung jugak. Time-time syok memadu kasih, ada kisah ke pasal rogol ke mengandung ke ape ke? Bila dah termengandung, baru nak buat report kene rogol la, kena paksa la.

Those feminist group still akan salahkan lelaki jugak walau macam mana pun. Dan biasanya ayat yang keluar, "perempuan terpaksa menanggung aib dan tekanan emosi seumur hidup mereka". Ha'ah ye la tekanan emosi. Masa buat, fikir nak hilangkan tekanan emosi. Dah termengandung, baru nak tekanan emosi. Wadehel.

Of course aku tak menentang kalau memang terang lagi bersuluh 'dipaksa' dan 'tanpa kerelaan'.

Tapi macam mana dengan kes ni? Masih dikategorikan rogol ke?

You decide.

Sumber utama kat SINI.

Sunday, July 4, 2010

Berita Memang Perlu Penuh Dengan Cerita Politik Ke?


Nampak sangat dah masuk bulan baru ni aku makin malas nak buat entri baru. Apa nak jadi ni. Dok rumah bermalas-malasan pun takde hasil jugak. Dulu masa rajin, kereta pun basuh sendiri. Sekarang? Balik-balik hantar car wash. Ehh ape daa melalut ke car wash pulak ni. Heh.


Aku gelak jugak tengok berita pasal perhimpunan anti Samy Vellu tadi. Bersungguh-sungguh diorang buat perhimpunan, siap dalam dewan serbaguna lagi. Terfikir jugak aku, ape la agaknya yang diorang bincangkan ek? Cara-cara nak paksa Samy Vellu lepaskan jawatan ke? Macam mana nak gulingkan Samy Vellu ke? Ke nak bincang pasal 'dosa-dosa' yang Samy Vellu dah buat? Lepas tu naik pentas jerit-jerit nama Samy Vellu aku-tak-paham-apa-diorang-kata, tapi bunyi lebih kurang macam suruh Samy Vellu bersara la kot. Hahah pandai-pandai je teka.

Aku ingat berita TV3 dengan TV1 ni penuh berita pasal politik je. Kalau potong berita bab politik tu, tak kira la berita pro BN ke, berita kritik dan kutuk Pakatan Rakyat ke, memang cukup je pun nak siarkan dalam masa 30 minit. 

Tak payah buat siaran sampai 1 jam.
  

Saturday, July 3, 2010

Super Mario On Violin


Zaman kanak-kanak dulu, games Super Mario memang antara games yang boleh bikin ketagih. Selagi tak lepas stage, kalau boleh tiap-tiap hari nak mengadap. Mak bapak pun bising.

Jadinya bila tengok balik video ni, memang tahap respek angkat topi jugak la tengok mamat ni. Kira ala-ala mengimbau zaman kanak-kanak la ni kan. Heh.



Memang cool!

Friday, July 2, 2010

Selesema Versi Piala Dunia


Jarang-jarang jugak aku nak kena selesema sampai seminggu lebih ni. Selalu 2-3 hari, baik dah. Ni dari minggu lepas, siap aku drive pergi balik Bangi-Terengganu-Bangi pun tak baik jugak. 

Bila dah selesema ni paham-paham je la, daya memikir dan menyelesai masalah pun jadi lembab sikit. Mula la dok pikir, kot-kot simptom penyakit lain ke ape ke. Sekarang ni bukan boleh main-main, demam biasa pun kena pergi check darah.

First time nye aku pergi klinik kerajaan hari Selasa hari tu. Sebelum ni mana jejaknya aku gi klinik kerajaan. Rela lagi aku pegi klinik swasta berbayar. Bukan sebab berduit sangat, cuma tak kuasa nak menunggu. Tapi sebab nak check darah punya pasal, masuk la jugak.

Nasib baik doktor kata selesema biasa aje. Pun balik tu, dapat lagi sebeban ubat. Yang sedia ada pun tak abis-abis. Masuk ni dah 3 jenis ubat selesema aku telan. pun tak baik sepenuhnya lagi.


Musim Piala Dunia, orang kata demam Piala Dunia. Yang aku ni apa? Selesema Piala Dunia?

Hahah.

Di Mana Motosikalnya?



Dah jadi habit aku kot suka tengok gambar-gambar dalam akhbar kot-kot ada benda yang menggelikan hati. Ye lah, kadang-kadang suratkhabar ni main suka-suka je letak gambar, tapi caption ke laut.

Celah ceruk mana gamaknya duduk motosikal yang kononnya ada kat sebelah kiri tu?

Kene crop dah kot.

Hahah.

Tau Pulak Larikan Diri!



Kalau aku la jadi polis tu, aku gelakkan aje. Lagi panggil 10 orang tu pegi rogol balik pun bagus. Ape ke bangang punya kerja pegi buat projek dalam estet, lepas tu lari lintang pukang sebab kene kerumun dengan jantan lain?

Dua-dua takde akal. Hahah.

Aku ingat boleh ambik diorang ni jadi pelari pecut la. Sebab walaupun dah dikerumun 10 lelaki, sempat pakai balik seluar dengan ambik handphone tu. Watson Nyambek pun terkial-kial aku rasa kalau disuruh pakai seluar sambil berlari.

Hahahah sengal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...