Saturday, May 7, 2011

Cuti-Cuti Malaysia : Apa Yang Menarik Di Langkawi?


Sesekali ke Langkawi, apa salahnya bershopping kan? Tapi kalau macam aku yang tahun lepas sampai 2 kali dah ke Langkawi, rasanya takdelah apa sangat yang nak dibeli pun.

Beli coklat orang kirim. Beli coklat untuk diri sendiri dan staf-staf di ofis. Beli barang dapur sikit untuk mak aku. Nasib baik dia kirim sudu dengan senduk nasi je. Yang lain? Biarlah ahli rombongan yang lain borong. Aku beli yang tu cukuplah kan?

Boleh je kalau nak pergi ke Underwater World Langkawi. Berbaloi la jugak. Banyak juga ilmu korang boleh timba kat situ. Kalau nak melihat pemandangan dari udara, boleh naik cable car Langkawi dan turun di platform-platform yang disediakan.

Malam-malam boleh pegi meronda sekitar Pantai Cenang, tengok-tengok apa yang patut. Nak beli hasil gamat? Merata ada kat Langkawi ni, sebut je nak brand apa.

Tapi macam mana pun, orang datang ke Langkawi ni kebanyakannya nak shopping je la pun. Aku ingat, kalaulah syarikat feri Langkawi ni buat limit setiap seorang berapa kilo je boleh bawak masuk feri a-la syarikat penerbangan, entah banyak mana la diorang boleh untung ye?

Heh.


Published with Blogger-droid v1.6.8

2 comments:

Siti Farah said...

Wahh..
Plg excited naek cable car sbb tinggi...kalau boleh nak lg tinggi n lantai cable car tu wat dr kaca tebal..baru best...leh tgk tarzan kt bawah...hehehe...

Sky0ne said...

siti farah : yang kali ni tak naik cable car sbb baru je masa pegi tahun lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...