Wednesday, July 27, 2011

Kempen Kibar Jalur Gemilang : Kenapa Aku Tak Kibar Jalur Gemilang?


Lagi beberapa hari lagi kita bakal masuk ke bulan Ogos. Bulan kemerdekaan. Hari ni juga dah dilancarkan Kempen Kibar Jalur Gemilang di stesen KL Sentral oleh Perdana Menteri. Pengisiannya pun seperti tahun-tahun sebelumnya jugak. Tapi hakikatnya, sejauh mana patriotik rakyat Malaysia ni dapat diukur dengan hanya mengibarkan bendera?


Saban tahun, kempen kibar Jalur Gemilang pasti mengambil tempat dalam kalendar sambutan bulan kemerdekaan. Dalam tempoh masa tersebut juga, setiap bangunan, tak kira bangunan pejabat kerajaan, syarikat swasta, kedai-kedai hatta rumah persendirian juga digalakkan mengibarkan Jalur Gemilang sebagai memeriahkan bulan kemerdekaan dan 'menyemarakkan' semangat patriotik.

Dan dalam tempoh kempen kemerdekaan ni juga, banyak juga pihak yang bakal menaja bendera-bendera kecik untuk dipacakkan pada kenderaan nanti. Pastinya stok bendera di shopping complex, terutamanya di Mydin akan habis dengan pantas sekali. Eleh, bukan selalu pun nak untung lebih jual bendera tu. Pacak seminggu dua je, lepas tu tanggal la balik. Apa masalah?


Bagi aku, aku jenis yang tak suka nak menggunakan alasan "eh kau tak kibarkan bendera, tu maknanya kau tak patriotik". Mengarut. Apa, adakah pengibaran Jalur Gemilang boleh menjadi kayu pengukur tahap patriotik seseorang? 

Sebab utama kenapa aku tak kibarkan Jalur Gemilang pada kenderaan aku, terutama yang jenis pacak ni, ialah sebab aku tak suka kemungkinan bendera kecil tu nanti terbang ditiup angin dan dilanyak oleh kenderaan lain. Tau sangat dah kalau bendera sebegitu, yang hanya gunakan double-sided sticker untuk dilekatkan pada cermin, hanya menunggu masa je untuk melayang terbang macam tu. Bukan sekali dua aku terkena.


Daripada dibiarkan bendera tu dilanyak, baik aku tak pasang terus. Aku membaca patriotik aku dari segi itu. Jalur Gemilang sepatutnya dikibarkan, bukan dilanyak-lanyak di atas jalan.

Dan tolonglah rentikan aktiviti-aktiviti memberi Jalur Gemilang secara percuma tu. Buang duit je. Kalau patriotik sangat, beli la bendera tu sendiri woi. Apa barang tunggu bendera percuma kat hentian tol? Dapat bendera free kat tol, lepas tu pacak, dan claim diri sendiri yang korang tu patriotik? 

Heh.

2 comments:

Anonymous said...

mintak izin save yea gambar Jalur Gemilang ni :)

Sky0ne said...

ambik je la...gambar tu pun main google je

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...