Nampaknya seperti dijangka, himpunan Bersih 3.0 berjalan juga seperti dirancang, walaupun telah ada desakan dari pelbagai pihak supaya dihentikan kegilaan tersebut. Degil. Itu je perkataan paling mudah untuk menggambarkan Ambiga dan pengikutnya tentang perhimpunan berkenaan.
Duduk Bantah. Itu slogan perhimpunan tersebut untuk kali yang ketiga ni. Kenapa kali ketiga? Khabarnya sebab kerajaan masih belum memenuhi kesemua tuntutan mereka sebelum ini, walaupun aku tengok slowly dah ada progres ke arah yang lebih baik.
Tetapi sebenarnya pada aku, tujuan perhimpunan ini dah jauh tersasar. Kononnnya atas dasar "membersihkan pilihanraya" dari elemen dan anasir yang tidak bersih, telah dijadikan medan kempen parti pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan pemerintah sekarang. Makanya tak mustahil lah bila dalam perhimpunan tersebut ada laungan seperti "Tolak BN, Tolak UMNO", "Reformasi" dan lain-lain lagi laungan yang sinonim dengan pembangkang. Kalau dah kena hijack dengan pembangkang, Bersih lagi kah?
Kanak-kanak juga menjadi mangsa diheret bersama dalam perhimpunan berkenaan. Adalah sangat ridiculous dan tidak masuk akan bila mana pendekatan sempit digunakan dengan menggunakan kanak-kanak sebagai perisai manusia. Konon atas dasar apabila polis bertindak, maka bolehlah digunakan alasan polis mengasari wanita dan kanak-kanak. Begitu?
Akhirnya, apa yang dapat dilihat, hanya kemusnahan harta benda awam dan kekotoran yang mememuhi ibu kota negara kita. Dan alangkah malangnya bila kesan sebegini terpapar di seluruh pelusuk dunia. Adakah negara luar akan beranggapan Malaysia ini negara demokrasi? Tentunya tidak. Imej sebegini sebenarnya memaparkan negara kita sebagai negara yang tidak selamat.
Apakah itu pilihanraya yang adil dan bersih? Jujur aku katakan, selagi Pakatan Rakyat tidak memenangi PRU dan memerintah negara, selagi itulah pilihanraya negara akan dilabelkan sebagai tidak telus dan tidak adil. Pada pemikiran mereka ini, demonstrasi adalah bukti demokrasi dijunjung. Kesian.
Seriously, aku taknak pendemo ni menjahanamkan negara aku macam ni. Diorang nak jahanamkan diri sendiri, go on. Tapi kalau dah perangai macam ni, aku memang sokong sangat kalau polis tembak water cannon dan tear gas. Dah disuruh beredar, tapi masih degil. Padan muka.
Dan skrip biasa yang akan dimainkan apabila perhimpunan aman bertugas ganas adalah "Polis sengaja tembak walaupun tak diprovok". Tapi dalam video tu siapa yang ganas ni? Tak nampak pulak polis yang provok?
Heh.






4 comments:
Bab dorg rosakkan kereta polis tu sgt kurang ajar. Tah betul ke tdk katanya polis tu langgar org. Itu dh kira mganas. X kan salah polis lg smpaikan senjata polis di rampas. Kira jenayah dah tu.
Tp bg aku mungkin sbhagian mreka hnya duduk dn bantah..tp sbhgian manusia durjana yg brjiwa muda ni mmg bt taik dlm ngara bila bertindak ganas mcm ni. Serius rs mcm kt luar negara je tgk prngai sorg2. Mnakutkan...
mcm ni ke diorg nk bntuk negara mlysia
kebanyak dorg nih pemikiran cetek...kesannya, keadaan sekeliling kotor, rosak, punah-ranah. kena repair balik, sape yg repair? kerajaan gak. pastu bile kerajaan bgtau jumlah repair bape ade plak suara² lps tuh ckp "nih la kerajaan, tau mkn duit rakyat jer". pasal tuh dorg nih pemikiran cetek. perbelanjaan utk repair tuh semua pakai duit kite gak. dorang nih betul la...ape pun tak bleh dorg nih
tak mustahil ada yang ambik kesempatan nak merusuh bila ada perhimpunan macam ni..tu lah, orang dah kata jangan berhimpun, tapi degil..itulah akibatnya
Post a Comment