Friday, March 30, 2012

Pengharaman Lagu Bawaku Pergi Oleh Kerajaan : Pandangan Aku




Hari ni di twitter kecoh tentang pengharaman kerajaan terhadap lagu Bawaku Pergi nyanyian Kaka dan Zizan. Punyalah ramai yang mempertikaikan kewajaran pengharaman lagu tersebut. Tak kurang juga yang mengutuk tindakan berkenaan sebagai langkah kurang bijak dari kerajaan.

Sebab apa lagu tu diharamkan oleh kerajaan? Kononnya sebab lirik lagu itu menggalakkan anak gadis lari dari rumah. Sebelum ni pun dah ada blog hiburan yang cuba mengupas sikit demi sikit makna di sebalik lirik lagu tersebut.

Personally, aku rasa tindakan ini adalah satu tindakan bodoh dan kurang cerdik dari kerajaan. Apa perkaitan lirik lagu dengan kecenderungan anak gadis untuk lari dari rumah? Adakah kes-kes lari dari rumah sebelum ni disebabkan oleh pengaruh lirik lagu? Apa yang aku tau, kes lari dari rumah ni lebih kepada pengaruh boyfriend dan cinta buta. Kalau macam tu, nak kena haramkan boyfriend ke? Nak kena haramkan cinta ke?

Pendekatan secara mengharamkan is so wrong. Satu langkah ke belakang. Kalau nak haramkan sangat lagu, baik haramkan lagu-lagu import luar negara yang penuh lirik mencarut dan cenderung ke arah seks bebas, arak dan keseronokan je tu. Tapi kenapa berani ambil tindakan kepada lagu tempatan je, tidak lagu antarabangsa? Pengecut?

Dari haramkan lagu, baik haramkan majalah macam Mangga, URTV, FHM, Maxim, Galaxie tu. Lagi rosak akhlak dan mentaliti anak-anak muda kalau baca majalah macam tu. 


Dan sebagai pencipta lagu tersebut, sudah tentulah orang yang paling tak puas hati adalah Malique. Siap keluarkan kenyataan media lagi seperti di SINI. Setakat dengar lagu, takde lah cenderung mana nak lari rumah pun. Satu lagu je pulak tu. Power betul lirik Malique buat kalau boleh galakkan orang lari. Kalau macam tu, baik minta Malique tulis lirik ajak gadis tu balik rumah. Mesti diorang balik semula kan? Alah, lirik Malique kan power.

Heh.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, March 28, 2012

Keputusan SPM 2011 Dan Hadiah Blackberry


Keputusan SPM 2011 baru saja diumumkan pada 21 Mac 2012 lalu. Ada yang lulus cemerlang, ada yang gagal terlentang. Kepada yang cemerlang, anda dijulang. Yang terlentang, tanggung la malu sendiri. Siapa suruh tak belajar rajin-rajin? 


Kepada yang berjaya, selamat memeningkan kepala memilih institusi untuk melanjutkan pengajian. Kepada mak ayah, selamat pening kepala fikir mana nak cari duit tanggung pengajian anak. Alah, PTPTN kan ada, apa nak risau? Kalau berhutang nanti, bayar je lah. Lagipun Anwar Ibrahim kata kalau PR menang, dia nak mansuhkan hutang PTPTN. Jadi marilah kita memangkah PR untuk tidak menanggung hutang. LOL. 

Apa pilihan anak-anak untuk hadiah SPM kali ni? PS3? Xbox? Motorsikal? Kereta? Atau sebiji smartphones untuk menghubungi yang tersayang (sila baca dalam konteks boyfriend/ girlfriend)? Macam sorang brader di ofis ni, anak dia dapat keputusan cemerlang. Mula-mula si ayah dah risau dah, takut-takut anak minta kereta ke, motor ke. Mau kopak duit gaji ayahnya kalau macam tu. Apa yang diminta oleh si anak? 


Si anak cuma minta hadiah Blackberry. Secara spesifiknya, Blackberry Bold 9790 yang berharga RM1500. Siap dah bagitau model apa lagi tu. Si ayah nak tawar bagi turun ke model yang murah sikit pun dia taknak dah. Nampak sangat dah buat research awal. Kopak jugak duit ayahnya. Apa boleh buat kan, taknak bagi, sayangkan anak ye tak? Dah la anak bertungkus lumus belajar sampai dapat keputusan cemerlang. 

Persoalannya, adakah hadiah sebegini akan menggalakkan si anak untuk belajar lebih bersungguh-sungguh lagi? Ataupun dah mula leka sebab ada kemudahan untuk berhubung dengan bf/ gf dengan lebih mudah? 

Dan kebiasaannya juga, walaupun kita merasionalkan pemberian hadiah sebegini untuk memudahkan kita menjejaki pergerakan anak-anak, berapa kerat je pun yang gunakan untuk betul-betul berhubung dengan ibu bapa? 

Kadang-kadang call dimatikan. Nak trace dekat Facebook, di’block’. Nak check di Foursquare, sekarang dan boleh check-in olok-olok. Dan kebiasaannya juga, mak ayah adalah orang terakhir dalam list yang patut dihubungi oleh anak-anak ni. Yang diutamakan mestilah bf dan gf serta kawan-kawan dulu, ye tak? 

Habis macam mana? Serba salah juga mak ayah kalau berada dalam situasi macam ni. 

Heh.

Monday, March 26, 2012

Pengacara Baru Jalan-Jalan Cari Makan Tak Sesuai?


Semalam, adalah kali pertamanya aku dapat menonton rancangan Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) musim baru dengan pengacara baru. Kalau sebelum ni, pengacaranya adalah Qi, tapi musim baru ni, pengacaranya adalah Shiha Mentor dan Iqbal Pilih Kasih. 


Sebelum ni aku cuma baca je di blog hiburan berkaitan pengacara baru ni yang tak best langsung cara pengacaraannya. Ye lah, nama pun baru kan, mesti la masih dalam tempoh menyesuaikan diri lagi kan? Dah la kawan dua orang tu tak pernah mengacarakan apa-apa program pun sebelum ni. Tiba-tiba jadi pengacara rancangan macam tu, mesti la bersepah kan? 

Tapi dengan pengacara-pengacara JJCM sebelum ni yang dah pun masuk beberapa musim ni, tak pernah pulak aku rasa kurang yang amat ketara. Tapi musim baru ni, rasa macam ada something yang tak cukup. Macam kurang ‘perisa’. 


Biasanya program JJCM ni, bila kamera shoot ke pengacara tengah makan, mesti aku yang tengah tak berapa lapar pun akan jadi lapar secara otomatik. Tapi pengacara baru ni, takde pun perasaan tu. Cara penyampaian ke? Tak mesra penonton ke? Atau sebab apa ye? 

Kalaulah ada petisyen nak tukarkan pengacara, aku sokong sangat. Tak sesuai lah pendekatan rancangan baru ni. Tak kena gaya orang kata. 

Silalah perbaiki segera kalau taknak rating jatuh. Bukan calang-calang sikit jugak yang menonton JJCM tu semata-mata nak cari port makan yang best-best. 

Nasib baik aku dari kategori kurang makan. Kurang la sikit aku nak marah-marah bila masuk bab makan ni. 

Heh.

Confirm Ramai Yang Download Kalau Macam Ni



Kemain promo macam ni. Memang ramai yang celik mata kalau nampak promo macam ni. Mesti laku macam goreng pisang panas bilangan orang yang mendownload apps ni nanti.

Nasib baik aku jenis kuat iman. Setakat macam ni punya pancing, aku tepis sebelah tangan je.

Percayalah.

Saturday, March 24, 2012

Heikki Kovalainen Dan Helmet F1 Bertemakan "Angry Birds"? Cool!


Apa kaitan antara pelumba Caterham F1 (dulunya dikenali sebagai Lotus Racing), Heikki Kovalainen dan Angry Birds? Apa pulak signifikannya perlumbaan F1 yang biasanya dikaitkan dengan lelaki dan permainan video popular ni?


Rupanya Heikki Kovalainen ni adalah peminat permainan Angry Birds ni. Dan menyedari minatnya tu, syarikat pembuat permainan tersebut, Rovio, tak teragak-agak untuk menjadi sponsor. Dan hasilnya, helmet perlumbaan yang dipakai oleh Heikki Kovalainen telah disolek dan direka menyerupai burung merah dalam game Angry Birds, seperti kat bawah ni : 


Amacam, cool jugak kan? Jarang-jarang boleh nampak sponsorship macam ni dalam sukan perlumbaan kereta ni, apatah lagi kalau melibatkan F1. Kalau dalam MotoGP, dah ada design helmet yang pelik seperti mana dipakai oleh Valentino Rossi.


Mungkin lepas ni akan ada pulak Angry Birds bertemakan F1, ye tak? Sebelum ni pun dah ada beberapa versi permainan Angry Birds ni. 


Memandangkan dirinya dan pembuat permainan Angry Birds sama-sama berasal dari Finland, dan Heikki Kovalainen sendiri adalah peminat permainan Angry Birds, menjadikan sponsorship ini adalah sesuatu yang unik.


Aku rasa lepas ni mesti ada ramai yang jadikan inspirasi untuk "airbrush"kan helmet diorang kepada karakter Angry Birds, ye tak? 


Kalau aku, aku nak tema burung hitam. Agak-agak kalau bengang, boleh baling jadi bom.

LOL.


Motorsikal Chopper Dan Tema 1Malaysia = Huduh!



Bukan sikit orang yang menyampah dengan tema 1Malaysia sekarang ni. Semua nak ada label 1Malaysia. Amanah Saham 1Malaysia lah, Kedai Rakyat 1Malaysia lah, Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia lah, Bantuan Rakyat 1Malaysia lah, Baucer Buku 1Malaysia lah, Silinder Gas 1Malaysia lah, apa-apa lagi lah. Tu belum masuk rebrand rancangan Selamat Pagi Malaysia di TV1 jadi Selamat Pagi 1Malaysia.


Sekarang ni dah ada motosikal chopper 1Malaysia pulak. Diserahkan sendiri oleh Paul Teutul Sr., pengasas Orange County Choppers, USA. Motorsikal 1Malaysia dihasilkan oleh orang Amerika. Tak kena gaya betul kan?


Khabarnya motorsikal ni sebagai simbolik pelancaran pakej pelancongan bermotorsikal Five-Mountain Motorcyle Tour macam dipaparkan dalam Kosmo ni. Gunung apa yang dimaksudkan pun aku tak pasti. 


Tapi yang pastinya, ini memang sengaja nak mengundang kemarahan rakyat. Sebab pastinya rakyat akan bertanya "Berapa duit dihabiskan untuk membayar harga motorsikal tu?". Tak pun "Membazir duit rakyat je bayar harga motorsikal ni. Siapa yang dapat tunggang motorsikal ni nanti?".

Tak ke jadi bahan pihak pembangkang nanti?

Heh.

Thursday, March 22, 2012

Celaka Apakah Ini?


Celaka apakah ini? Mengaku dengan rela hati melarikan diri dan tinggal serumah dengan teman lelaki sebab tekanan emosi? 



Tekanan emosi kejadah apanya untuk budak 15 tahun macam kau ni ambil keputusan untuk lari dari rumah dan duduk SERUMAH dengan teman lelaki kau?

Bila baca kes macam ni, fikiran aku tak lepas lari dari berfikir "kan bagus kalau kau kena rogol bergilir-gilir. Agaknya masa tu baru nak sedar diri". Bukan nak fikir jahat, tapi kenapa budak-budak sekarang terlalu singkat fikirannya? Kenapa, dah gatal sangat nak projek? Dah hanyut sangat dalam bercinta?

Sekolah pun tak habis lagi, ada hati nak bercinta. Ptuih!

Dan sekali lagi aku tekankan, seriously, celaka apakah ini? 

Tuesday, March 20, 2012

Sekitar Festival Proton Power Of 1 : Apa Yang Baru Dari Proton?


Festival Proton Power Of 1 dah pun berlangsung di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil dari 14 hingga 18 Mac 2012 lalu. Sempat juga aku menyinggah tengok-tengok apa yang ada. 

Sempat menonton aksi kereta Lotus F1 di depan mata. Bunyi kereta F1 ni usah dikata la, memang bingit. Kalau di Litar F1 Sepang pun dah bingit, tengok dekat depan mata macam ni lagi lah bingit. Siapa entah pemandunya, tapi yang pasti bukan Kimi Raikkonen.


Selain demo dari Lotus F1, ada juga demo kereta rally Proton Satria Neo S2000 yang dipandu sendiri oleh pemandunya, Alister McRae. Kereta inilah yang jadi juara 2011 Asia Pacific Rally Championship (APRC) lalu. Memang champion!


Dan antara demo yang ditunggu-tunggu oleh ramai orang ialah Proton P3-21A yang ditampilkan side-by-side dengan Proton Persona. Macam mana rupa sebenar? Tak tau, sebab demo unit ni "heavily camouflaged" dengan full body sticker. Tapi dari apa yang disebut, akan dilancarkan tak lama lagi.


Bila sebut pasal Proton dan motorsport, tak sah kalau tak dipaparkan R3, divisyen sukan permotoran Proton. Nasib baik berjaya menahan diri dari beli barang-barang kat sini. 


Dipamerkan juga kereta konsep seperti Artiga Concept dan CityCar, selain daripada kereta Lotus Evora dan Lotus Elise. Kereta replika Lotus F1 dan Satria Neo S2000 turut dipamerkan.



Masuk ke dalam khemah pameran, boleh tengok sendiri reknologi yang digunakan oleh Proton. Quite informative, walaupun aku rasa pameran di Kilang Proton di Shah Alam sebelum ni lebih banyak input yang aku dapat.




Ramai orang selalu bash Proton, tapi bila ada program macam ni, taknak pulak datang ramai-ramai tengok apa teknologi yang digunakan.

Cuma aku tertanya-tanya, Perodua tak nak buat pameran macam ni ke? Ke takde teknologi yang nak dibanggakan?

Heh.

Tuesday, March 13, 2012

Gangguan Bekalan Air Di Lembah Klang 14 Dan 15 Mac 2012 : Kawasan Mana Terlibat?


Kembali dengan entri pesanan khidmat masyarakat, kali ini berkaitan dengan gangguan bekalan air selama 36 jam di Lembah Klang bermula esok, 14 Mac 2012 jam 8.00 pagi hingga Khamis, 15 Mac 2012 jam 8.00 malam.


Sebab apa gangguan bekalan air? SYABAS kata sebab untuk proses penambahbaikan dan penyenggaraan Rumah Pam Air Bersih (TWPH) oleh pihak pengendali Loji Rawatan Air (LRA) Sg. Selangor Fasa 1 (SSP1), iaitu Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor (SPLASH). Kawasan mana pulak yang terlibat tu? Antaranya :

WILAYAH HULU SELANGOR
Kg. Sg. Serai, Kuang
Kg. Kuang, Kuang
Kg. Cempedak, Kuang
Kg. Gombak, Kuang
Kg. Baru, Kundang
Kg. Melayu Sri, Kundang
Kg. Permata, Kundang
Taman Desa, Kundang
Bandar Baru Kundang
Kundang Jaya, Kundang
Taman Rajmat Jaya, Kundang
Taman Tasik Biru, Kundang
Kawasan Industri, Kundang
Keseluruhan Bandar Tasik Puteri


WILAYAH PETALING
SS 1 – 6, PJ
SS 7, Kelana Jaya
SS 8, Trade Zone
SS 9A, Sg. Way
SS 20, Damansara Kim
SS 21 & 21A, Damansara Utama
SS 22, Damansara Jaya
SS 22 – 23, Kg. Sg. Kayu Ara
SS 24, Taman Megah
SS 25, Taman Mayang Mas
SS 26, Taman Mayang
PJU 1, Bukit Mayang Mas, Kg. Cempaka, Sungai Mas & Aman Suria
PJU 1A, Damansara Idaman
PJU 3, Sunway Damansara & Mutiara Tropicana
PJU 6A, Kg. Kayu Ara
PJU 7, Mutiara Damansara
PJU 8, Damansara Perdana & Bukit Lanjan
Taman Megah Mas
Bandar Utama
Tropicana Golf
TTDI & Pinggiran TTDI
Sg. Pencala
Seksyen 2 hingga 11, Kota Damansara
PJU 5, Pusat Perdagangan Kota Damansara
U9, Monteres, Kayangan Height & Subang Sejahtera
Seksyen 12 hingga 14, PJ
Kg. Melayu Subang
U3, Subang Perdana
U5, Mah Sing
Subang Bestari


WILAYAH KUALA LUMPUR
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Bukit Kiara
Kelab DiRaja Selangor
Bukit Kiara Resort
Pusat Sukan Bukit Kiara
Pusat Sains Negara
Suruhanjaya Sekuriti
Bahagian Teknologi Pendidikan
Pusat Konvensyen Sime Darby
Jalan Segambir
Jalan Belimbing
Jalan Setia Bistari
Jalan Setia Murni 1 hingga 12
Jalan Setia Budi
Jalan Setia Rasa
Jalan Setia Raya
Jalan Setia Jaya
Jalan Medan Setia
Jalan Setia Bakti
Jalan Setia Kasih
Plaza Damansara
Taman Seri Beringin


WILAYAH KLANG/ SHAH ALAM
Seluruh Kawasan Sunway Kayangan
Seluruh Kawasan Subang Impian ( Jalan Pulau Indah)
Seluruh Kawasan Sunway Suria
Seluruh Kawasan Puncak Perdana
Seluruh Kawasan Sungai Kapar Indah
Seluruh Kawasan Pekan Meru, Bukit Kerayong, Kg. Budiman, Felda Bukit Cerakah, Cerakah Jaya, Bukit Kapar dan kawasan sekitar
Seluruh kawasan Kg. Delik Kanan
Seluruh Kawasan Kg. Delik Kiri
Seluruh Kawasan Kg. Delik Dalam
Seluruh Kawasan Kg. Delik Baru
Seluruh Kawasan Kg. Sungai Udang
Seluruh Kawasan Jalan Sg. Bertik
Seluruh Kawasan Jalan Yadi
Seluruh Kawasan Jalan Batu Unjur
Seluruh Kawasan Jalan Kim Chuan
Seluruh Kawasan Taman Kim Chuan
Seluruh Kawasan Taman Bayu Perdana
Seluruh Kawasan Flat Sri Angkasa
Seluruh Kawasan Vista Indah Apartment
Seluruh Kawasan Bandar Puteri
Seluruh Kawasan Bandar Ambang Botanic
Seluruh Kawasan Taman Kota Permai
Seluruh Kawasan Bandar Botanic
Seluruh Kawasan Bandar Bukit Tinggi 1 dan 2
Seluruh Kawasan Flat Pendamar Indah
Seluruh Kawasan Taman Sentosa
Seluruh Kawasan Bandar parklands
Seluruh Kawasan Kg. Idaman
Seluruh Kawasan Taman Gembira
Seluruh Kawasan Jalan Raja Lumu
Seluruh Kawasan Flat Perumahan Teluk Gadong Indah A
Seluruh Kawasan Rumah Teres Teluk Gadong Indah A
Seluruh Kawasan Flat Pandamaran Indah
Seluruh Kawasan Kg. Pendamar
Seluruh Kawasan Jalan Tengku Badar
Seluruh Kawasan Persiaran Raja Muda Musa
Seluruh Kawasan Jalan Kastam
Seluruh Kawasan Pandamaran
Seluruh Kawasan Pandamaran Jaya
Seluruh Kawasan Taman Telok Gedung Besar
Seluruh Kawasan Sobena Jaya, Pandamaran


WILAYAH KUALA LANGAT
Tmn Perwira Sijangkang
Tmn Sri Medan Sijangkang
Meter Pukal - Kebun Baru Ke Bkt Kemandol
Tmn Sijangkang Indah Sijangkang.
Tmn Sijangkang Jaya
Rancangan Rumah Murah Sijangkang
Bt 8 Sijangkang
Bt 8 1/2 & Bt 9 Kg Medan Sijangkang
Bt 9 Kg Medan
Bt 9 Sijangkang
Bt 10 Kebun Baru
Ladang Telok, Telok Panglima Garang
Tmn Sri Panglima, Telok Panglima Garang
Tmn Panglima, Telok Panglima Garang
Tmn Dato Hormat , Telok Panglima Garang
Tmn Emas , Telok Panglima Garang
Tmn Halijahton , Telok Panglima Garang
Tmn Desa Wira , Telok Panglima Garang
Tmn Indah Jaya , Telok Panglima Garang
Jln Kenanga Sijangkang
Tmn Telok , Telok Panglima Garang
Tmn Gembira (Jaya Utama) , Telok Panglima Garang
Tmn Jaya Utama , Telok Panglima Garang
Tmn Pahlawan
Tmn Medan Indah , Telok Panglima Garang
Tmn Perkasa, Telok Panglima Garang
Tmn Pertiwi (Jalan Pertiwi 1,3,5) , Telok Panglima Garang
Kg Mujahiddin Bt 9 Kebun Baru
Jln Gotong Royong Bt 8 Sijangkang
Jln Telok Mengkuang , Telok Panglima Garang
Jln Kubur , Telok Panglima Garang
Tmn Desa Wira , Telok Panglima Garang
Jln Manggis Kg Medan
Jln Pisang Kg Medan
Jln Helang Kebun Baru
Jln Merak Kebun Baru
Jln Sekolah Bt 9 Kebun Baru
Jln Murai Bt 9 Kebun Baru
Jln Siantan Bt 10 Kebun Baru
Jln Masjid Bt 10 Kebun Baru
Jln Cempaka Bt 10 Kebun Baru
Jln Enggang Kebun Baru
Jln Rajawali Bt 9 Kebun Baru
Jln Besar Sijangkang
Ladang Telok , Telok Panglima Garang
Kaw.Kilang Kebun Baru / Telok Panglima Garang
Pekan Telok , Telok Panglima Garang



Bagi penduduk kawasan terlibat ni, standby la air dan tangki air secukupnya. Tapi dalam keadaan macam ni, pastikan air tu dijimat-jimatkan. Jangan membazir tak tentu pasal pulak. Sekarang ni musim hujan kan? Jadi boleh la tadah-tadahkan air kalau tak cukup air tu.


Untuk keterangan lebih lanjut, apa kata korang call sendiri 1-800-88-5252, ataupun SMS PUSPEL dengan menaip PUSPEL<jarak><aduan/pertanyaan> dan hantar ke39222. Ataupun boleh layari web www.syabas.com.mywww.twitter.com/puspel dan "facebook" dengan menaip "puspel" atau "puspel syabas".

Monday, March 12, 2012

Random Tweets #10 : Ulasan Audition Mentor 6 Malam Tadi


Bila bermula je tayangan audition Mentor 6 di TV3 malam tadi, bukan setakat aku je, malahan timeline aku sendiri penuh dengan macam-macam komen tentang peserta yang datang audition. Macam biasa, dapat dilihat berapa ramai orang yang ketagih sangat nak jadi penyanyi.

Dan seperti sebelum-sebelum ni juga, punyalah ramai guna alasan kononnya untuk mengubah nasib keluarga dengan jadi penyanyi. Kesian, mudah sangat diorang ni tertipu dengan dunia glamour ni.

Tak ke rakan-rakan diorang ni bagi nasihat supaya jangan join Mentor 6 kalau pakejnya tiada untuk jadi penyanyi? Ataupun diorang ni yang degil tak nak dengar cakap orang?

Aku pun join mengomen jugak malam tadi. Macam biasa, korang kena baca dari yang paling bawah dan ke atas.




Apa macam?

Masih lagi percaya jadi penyanyi boleh ubah nasib keluarga, walaupun takde faktor X?

Heh.

Saturday, March 10, 2012

Festival Proton Power Of 1, Stadium Bukit Jalil, 14 Hingga 18 Mac 2012


Bermula 14 hingga 18 Mac 2012 ini, Proton akan mempamerkan teknologi permotorannya kepada orang ramai di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil. Sebelum ni aku pernah pegi pameran Proton di kilangnya di Shah Alam dan melihat sendiri beberapa bahagian kilang Proton, tetapi kali ni, festival ni dipindahkan ke Bukit Jalil pula.


Waktu pameran adalah dari pukul 10 pagi hingga 10 malam setiap hari pameran. Bagus jugak Proton ni ambil kesempatan musim cuti sekolah untuk buat festival ni, cukup bagus untuk seisi keluarga datang melihat teknologi yang digunakan Proton. Dan jangan risau, masuk adalah percuma. Nak datang bawak rombongan 3 bas pun takpe.


Apa yang boleh didapati dari festival ni? Antaranya, boleh belajar tentang bagaimana sebuah kereta Proton dihasilkan. Ketahui teknologi yang digunakan. Takde la asyik tahu nak mengutuk je tanpa mengambil tahu bagaimana usaha dan teknologi yang digunakan untuk menghasilkan kereta kan?


Selain itu juga, bakal ditampilkan kereta rally Proton Satria Neo S2000 yang telah memenangi rali APRC baru-baru ni, dipandu oleh Alister McRae sendiri. Untung-untung boleh dibawa naik kereta tu 2-3 round. Berapa bear punya bertuah kalau macam tu. Dan juga tak sah kalau Proton tak tampilkan our own Prince of Drift, Tengku Djan Ley untuk persembahan drift. Dan nantikan juga kemunculan kereta Lotus F1 di lokasi nanti.


Bila dah namanya karnival, mestilah ada dijual barangan cenderahati dari Proton. Produk macam baju korporat, t-shirt, topi, payung tu dah dikira standard dalam mana-mana festival anjuran Proton. Ada jual produk R3 murah-murah tak macam sebelum ni? Kalau ada, teringin jugak aku nak membelinya.


Ada juga pertandingan "SMS dan Menang" untuk pengunjung bertuah, di mana 3 kereta Proton menjadi taruhan hadiah. Menarik jugak tu.


Mungkin di situ juga nanti boleh tengok sendiri kereta baru dari Proton, P3-21A kan? Sebagai pemilik kereta Proton, berminat jugak aku nak pergi kalaulah ada kesempatan nanti. 

Jom ke sana! Maklumat lanjut boleh didapati di laman web Proton Power Of 1. Jangan hanya tau mengutuk je.

Heh.

Friday, March 9, 2012

Bagai Telur Di Hujung Tanduk?



Mungkinkah ini maksud sebenar perumpamaan "bagai telur di hujung tanduk"?

Nampak macam betul.

Tengok gambar je pun dah senak. Apatah lagi yang merasainya.

Hehe.

Thursday, March 8, 2012

Apple Umumkan Harga Baru iPad 2 Di Malaysia


Hari ni adalah harinya Apple memperkenalkan apa yang dipanggil "the new iPad" kepada dunia. Bukan iPad 3, bukan juga iPad HD seperti yang dijangka oleh ramai orang.


Dan bila dah keluar iPad versi baru, mestilah iPad versi lama a.k.a iPad 2 (tak la lama mana pun) pun ada diskaun harga. Biasalah, strategi awal untuk buatkan peminat Apple ternanti-nanti kan. Dan nanti mulalah ada yang meroyan memaki dan menyumpah seranah sebab baru beli iPad 2 dengan harga lama, sekali dah ada diskaun harga pulak. Aku cuma mampu gelak je la. Hehe.


Apple terus umumkan harga baru bagi iPad 2 seperti gambar di atas, bermula dari RM 1,199 (untuk model 16GB Wi-Fi). Lain-lain model dan harga seperti senarai di bawah :

Harga iPad 2 Wi-Fi : 
16GB – RM1,499 sekarang RM1,199
32GB – RM1,799 sekarang RM1,499
64GB – RM2,099 sekarang RM1,799

Harga iPad 2 Wi-Fi + 3G
16GB – RM1,899 sekarang RM1,599
32GB – RM2,199 sekarang RM1,899
64GB – RM2,499 sekarang RM2,199

Amacam, berminat? Dah mula-mula berkira-kira nak jadi fans Apple? Mungkin inilah masa yang sesuai. Aku? Masih setia dengan Galaxy Tab model pertama aku. Cukuplah dengan penggunaan dan bajet aku sekarang ni.


Sumber dari Lowyat.net

Monday, March 5, 2012

Kereta Automatik Jadikan Manusia Pemalas?


Amboi, cepat bebenor terasa. Aku tak taip apa pun lagi tau. Baru letak tajuk dah terasa. Hati tisu betul korang ni. LOL. 


Sebagai seorang pemandu kereta beroda empat bertransmisi manual, aku tidaklah anti dengan pemandu kereta automatik ni. Sebab pada aku, itu kan pilihan masing-masing. Ada yang selesa berkereta manual, ada yang selesa berkereta automatik. Nama pun manusia, ada pilihan dan kecenderungan masing-masing. Cuma persoalan yang ingin aku utarakan di sini, walaupun aku selalu tertanya-tanya kenapa diutarakan dan tidak ditimur atau dibaratkan ialah, betul ke kereta automatik ni menjadikan manusia pemalas? 

Teknologi dunia automotif ni makin lama makin maju. Daripada semua bergantung kepada cara manual, sekarang dah pakai sensor je. Nak reverse, ada bunyi sensor. Kalau upgrade sikit, siap ada reverse camera. Nak drive, masuk gear, terus pijak paddle minyak je. Tak payah fikir nak tekan clutch tukar gear dan sebagainya. 

Kalau kereta yang lebih mahal, ada fungsi lampu utama menyala automatik kalau hari gelap. Wiper pun automatik kalau detect hujan. Aircond pun automatik, disesuaikan dengan suhu luaran dan dalaman. Cermin pandang sisi pun boleh dilipat dengan hanya satu suis. Kerusi pemandu pun boleh dilaras automatik dengan hanya tekan suis. Hebat kan? Dan tak mustahil kalau masa akan datang, lagi banyak features automatik akan dimasukkan dalam ciri-ciri kereta masa depan. 


Sekitar pemerhatian aku juga, kebanyakan pemandu kereta automatik ni kurang peka kepada keadaan sekitar. Bila memandu, jarak kenderaan kurang dititikberatkan sebab mereka hanya leka tekan minyak dan tekan brek, tak perlu ambil kisah tentang clutch mahupun tukar gear. Pandu sebelah tangan, kaki sebelah diangkat atas seat, dan macam-macam gaya lagi. Tu belum dikira tukar lorong tak bagi signal, tailgating kereta depan a-la pelumba jalanan dan macam-macam lagi aksi merbahaya yang dilakukan. 

Jadi berbalik semula kepada persoalan aku tadi, betul ke kereta automatik ni menjadikan kita lebih pemalas dan bergantung sepenuhnya kepada sensor untuk bertindak, dan tak fokus kepada pemanduan? 

Pandangan anda?

Sunday, March 4, 2012

Imej Bintang Korea Ke Atau Indon Kerja Kontrak?



Come on bro, agak-agak la kalau rupa macam ni pun nak disamakan dengan imej Korea. Ini namanya imej buruh kontrak Indonesia berambut leper la. Korea kejadahnya rupa macam ni.

Takde kebulurnya orang Korea nak mengaku imej diorang kalau macam ni aihhh.

Hahah.


Sumber dari mStar Online

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...