Tuesday, April 16, 2013

Lagu "Jom Mengundi" 2013 : Lagu Ajak Mengundi Ke Atau Lagu Raya?



Masing-masing pun dah tahu yang hari mengundi bagi Pilihanraya Umum (PRU) Ke-13. Adalah pada hari Ahad, 5 Mei 2013. Jadi ramailah juga yang berkira-kira tentang perjalanan balik untuk mengundi nanti, baik dekat mahupun jauh.

Bila disebut pasal pilihanraya, aku yakin ramai di kalangan kita membesar dengan lagu pilihanraya versi di bawah ini : 



Untuk tahun 2013 ini, nampaknya ada lagu baru yang diketengahkan untuk mengajak orang mengundi. Pertama kali aku dengar aku ni, aku dah terfikir "Apa ke jadahnya lagu mengundi dah macam lagu raya ni?". Takde nilai keseriusan langsung. Lagu ajak mengundi macam nak ajak pergi Jomheboh. Dengarkan sendiri lagu Jom Mengundi di bawah ini :



Layan versi klasik pun lagi bagus dari yang baru ni, macam video ajak penonton mengundi sempena pilihanraya pertama Persekutuan Tanah Melayu pada 1955 di bawah ini :




Lagi A plus plus.

Hahah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...