Sunday, June 2, 2013

Transformers 4 : Satu Lagi Adaptasi Yang Gagal Daripada Michael Bay?


Kalau tak silap aku, selepas berakhirnya filem Transformers 3 : Dark Of The Moon, yang mana seperti review aku adalah merupakan satu malapetaka, pengarah filem tersebut, Michael Bay dah umumkan taknak terlibat lagi dengan francais filem Transformers. Tapi nampaknya semua dah kena tipu sebab dengan perkembangan terbaru yang berlaku sekarang ni, nampaknya filem Transformers 4 memang akan berlaku dan sekali lagi diarahkan oleh Michael Bay. Duh!


Walaupun waktu tayangannya dijangka pada 27 Jun 2014 nanti, tapi telah ada beberapa kenderaan yang telah didedahkan ke laman web untuk menunjukkan beberapa kenderaan yang bakal transform menjadi samada Autobots dalam filem itu nanti. Antaranya adalah Optimus Prime yang telah di'upgrade' dari segi rekabentuknya, walaupun corak api tu masih ada lagi. Duh! lagi sekali.


Mujur juga dalam filem ini, pengarahnya mengumumkan takde dah watak Sam Witwicky yang annoying tu sebab line up pelakonnya dah berubah. Ataupun mungkin dah orang lain yang membawakan watak Sam Witwicky, bukan lagi pelakon sebelum ini.

Watak Autobot Bumblebee juga berubah daripada Camaro zaman moden sebelum ini kepada Camaro klasik seperti di bawah : 


Selain itu, ada juga beberapa keping gambar yang telah didedahkan ke laman web. Antaranya, kereta Bugatti Veyron Grand Sport Vitesse yang belum dipastikan lagi akan transform menjadi robot apa ;


dan juga Chevrolet Corvette Stingray yang juga belum didedahkan akan transform menjadi robot apa.


Terbaru, Michael Bay telah mendedahkan bahawa watak Autobot bernama Hound akan dipaparkan dalam filem Transformers 4 ini dan akan menyerupai seperti gambar di bawah :


Semoga Michael Bay tak menjahanamkan lagi fancais Transformers yang telahpun dijahanamkan.

Heh.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...