Sunday, August 4, 2013

"Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku" Tema Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56


Selepas teruk dikritik gara-gara logo sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 yang tangkap muat dan sambil lewa, nampaknya memang mendatangkan kesan terhadap logo sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56 pada tahun ini. 

Dengan membawakan tema Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku, logo kali ini lebih profesional dan menampakkan "logo" yang sebenar. Takdelah logo copy paste seperti mana yang agak ketara dalam logo tahun lepas. 


Tema yang lebih bersifat perpaduan dan berorientasikan patriotik dan kesatuan negara bangsa ini dipilih bagi memberikan peringatan kepada rakyat akan kepentingan bersatu mempertahankan negara disamping mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cintakan Negara.

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 ini juga, beberapa acara akan diadakan bagi meraikan hari kegemilangan ini iaitu Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang pada 16 Ogos di Sungai Petani, Kedah, Sambutan Ambang Merdeka pada 30 Ogos di Pusat Maritim Putrajaya dan Acara Perbarisan dan Perarakan Hari Kemerdekaan Ke-56 pada 31 Ogos. 

Selain itu, sempena Sambutan Jubli Emas Hari Malaysia, Sabah dan Sarawak turut akan mengadakan pelbagai acara bagi memeriahkan sambutan ini seperti Acara Bot Berhias pada 15 September di tebingan Sungai Sarawak dan acara sambutan pada 16 September 2013 di Padang Merdeka, Kuching dimana ia dijangka turut melibatkan pelancaran duit syiling khas sempena Jubli Emas sambutan berkenaan.Sambutan acara Jubli Emas Hari Malaysia Ke-50 di Sabah turut akan diadakan di Tanjung Aru, Kota Kinabalu dimana ianya akan dimeriahkan dengan penyertaan semua kaum di Sabah yang terdiri dari 35 kumpulan kaum dan etnik.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai kesemua program dan aktiviti sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56 dan Jubli Emas Hari Malaysia Ke-50 menerusi laman web www.malaysiamerdeka.gov.my.


Sumber daripada Astro Awani


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...