Monday, October 28, 2013

Cuti-Cuti Malaysia : Apa Yang Menarik Di Cherating?


Macam biasa, bila balik saja dari bercuti, memang bercinta bila bab nak buat entri blog tentang pengalaman sepanjang tempoh bercuti. Kali ini, kami bercuti ke Cherating, Pahang pula. Memandangkan tempoh percutian hanyalah untuk tempoh satu malam, makanya aktiviti yang boleh dibuat pun taklah banyak mana. Lagipun ini hanya percutian pendek setelah dah lama tak pergi bercuti.

Penginapan kami kali ini ditaja ialah di The Legend Resort. Wife nak yang dekat dengan pantai, jadi memang aku pilih yang berdekatan dengan pantai je lah. Sampai agak awal jugak ke Cherating, sebelum waktu check-in, jadinya kami pun carilah apa yang menarik di Cherating. Cari dalam GPS, terjumpa Santuari Penyu Cherating. Jadi itulah destinasi kami.


Santuari penyu ni terletak di bawah kendalian Jabatan Perikanan Negeri Pahang. Nama rasminya adalah Pusat Penerangan dan Konservasi Penyu.


Nak masuk ke sini percuma je, Tak dikenakan bayaran pun. Cuma bolehlah beri sedikit sumbangan sebelum masuk untuk meneruskan usaha konservasi dan mendidik masyarakat kepentingan memelihara hidupan laut ini daripada pupus. Kalau tengok kepada gambar di atas, tempat konservasi ini hanyalah menggunakan blok bangunan kayu lama. Ada sedikit classic feel di sini.


Ada beberapa ekor penyu ditempatkan di sini. Ada yang besar dan ada yang kecil. Kalau bawak anak-anak, mesti diorang excited tengok anak-anak penyu yang banyak gila, macam dalam gambar dekat bawah ini : 




Santuari Penyu ni terletak berhampiran dengan Club Med Cherating. Tak susah sangat nak mencari tempatnya pun. Boleh juga beli barangan sebagai cenderahati. Yang penting tak dikenakan apa-apa bayaran.


Selain mandi-manda di pantai Cherating, di sepanjang pantai juga ada pelbagai kedai dan aktiviti yang boleh dijalankan. Nak menyusur sungai melihat kelip-kelip pun boleh juga. Tapi sebab percutian kami pendek, kami tak pilih untuk tengok kelip-kelip. Tapi kami mencuba aktiviti mencanting dan mewarnakan batik.



Selalunya bila beli baju batik, terutamanya bila ke Terengganu, laju je mulut ni mohon untuk tawar-menawar. Rupanya susah juga nak siapkan satu design batik ni. Barulah faham effort yang dikeluarkan oleh si pencanting batik untuk menyiapkan batik yang dilukis. Daripada merancang design yang nak dilukis di atas kertas A4, kemudian trace di atas kain dengan pensil, kemudian canting dengan menggunakan lilin, akhirnya mewarna design, semuanya diberi peluang cuba sendiri. Bayaran cuma RM30 untuk lukisan paling kecil. OK la tu, sesuai dengan harga.


Bila dah siap mencanting, proses mewarna pulak. Masa ini, bolehlah belajar bermain dengan warna. Tapi satu kepuasan sebenarnya bila buat sendiri ni, walaupun lambat sangat nak siap. Biasalah, nama pun amatur. Heh.



Dan akhirnya, selepas beberapa jam di situ, siap juga kain batik yang kitorang lukis. Kecik macam ni pun dah berejam nak siap. Kalau yang besar, tak tau la berapa lama. Amacam, ada siapa nak tempah baju batik kat kitorang? Tapi kena sabar la sikit nak tunggu siap. Haha.


Aktiviti seterusnya iaitu mandi-manda di pantai memang tak perlu masuk dah dalam blog. Itu semua orang tau. Takkanlah pergi Cherating sebab nak petik daun teh pulak kan? Lulz.

Terima kasih sudi baca. Hiks.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...